Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian yang dilaporkan perlaku pada pukul 1.40 petang itu menyebabkan bas tersebut terbakar 100 peratus.

"Semua 29 penumpang serta pemandu dan pembantunya sempat menyelamatkan diri. Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan berhubung kejadian.

"Operasi memadam kebakaran dijalankan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong," ujar Mohd. Sani menerusi kenyataan kepada pemberita sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian tersebut menyebabkan kesesakan sejauh lima kilometer di laluan berkenaan selama kira-kira 3 jam. - K! ONLINE