Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, turut mengalami kecederaan dalam kejadian di Kilometer 17.3 pada pukul 7.30 petang itu ialah pemandu serta empat penumpang kereta jenis Honda Accord.

"Bas tersebut menuruni bukit dari arah Genting Highlands menuju Subang Jaya di Selangor. Apabila sampai di tempat kejadian, bas pelancong yang membawa dua lelaki dan 14 perempuan warga China tersebut melanggar sebuah kereta.

"Selepas berlanggar, bas tersebut terbabas ke kanan jalan dan merempuh tembok simen. Tiada kematian akibat kejadian itu dan semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Selayang," kata beliau. - K! ONLINE