Beliau sebaliknya berkata bas itu mengalami 'kerosakan kecil' selepas beliau memandu uji sendiri bas berkenaan selama lebih 20 minit di Sungai Terengganu, semalam.

"Saya sendiri yang minta dibuat simulasi untuk menguji bas itu jika berada dalam keadaan kritikal... dan semasa saya bawa bas itu hos penghembus pancutan airnya tercabut...saya juga minta hos itu tidak dipasang semula dan dalam 10 minit dalam keadaan kritikal itu pasukan penyelamat berjaya mengawal keadaan.

"Mungkin ia terjadi sebab saya tiada pengalaman bawa bas sebelum ini jadi kita kena pastikan bas ini dipandu oleh orang yang betul-betul mahir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) di antara Epic Berhad, CMC Engineering Sdn. Bhd. dan T7 Global Berhad bagi kerjasama dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. - Bernama