Bagaimaapun tidak pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohd. Faih Rifin, 36, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nor Arifffin Hisham kerana kes tersebut adalah di bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa membunuh anaknya Muhammad Waiz Wazzini  di sebuah unit rumah flat Puchong Permai 1/6 Taman Puchong Permai di sini antara pukul 2.30 hingga 5.30 petang pada 13 Ogos lalu. 

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntumkan hukuman gantung sampai mati. 

Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Oktober ini bagi sebutan semula kes dan laporan bedah siasat. - K! ONLINE