Perintah reman ke atas bapa berusia 41 tahun tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret George Town, Muna Maria Azmi sebentar tadi bagi membolehkan siasatan lanjut.

Turut direman bagi tempoh sama sehingga Khamis ini ialah isterinya yang berusia 34 tahun.

Kedua-dua suspek semalam ditahan di hadapan sebuah kedai durian di Jalan Paya Terubong di sini kira-kira pukul 10 pagi selepas hampir 10 hari diburu polis.

Kosmo! pada 1 Januari lalu melaporkan seorang budak perempuan berusia lapan tahun melecur bawah lengan, rusuk dan dada kanan selepas disimbah air panas oleh bapanya yang berang selepas mendakwa mangsa mencuri wang ibunya sebanyak RM10.

Susulan kejadian itu, ibu bapa mangsa melarikan diri.

Polis yang menjalankan siasatan lanjut bagaimanapun mendedahkan punca sebenar kejadian adalah suspek berang kerana mangsa dan adik-beradiknya menghabiskan makanan selepas dia pulang ke rumah pada pukul 1 pagi, 27 Disember lalu. - K! ONLINE