Hakim Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhammad Irwan Abdul Jalil, 27, yang juga jurujual itu selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya. 

Prosiding sebentar tadi adalah sebutan semula kes namun tertuduh menukar kepada pengakuan bersslah selepas pertuduhan dibacakan semula terhadapnya. 

Terdahulu sebelum hukuman dijatuhkan Azmin Muntapha memberi nasihat kepada tertuduh bahawa perbuatan yang dilakukan adalah salah kerana membahayakan nyawa apatah lagi kes itu sudah menjadi viral.

"Sekiranya mesin basuh itu berpusing apa akan jadi pada budak itu (mangsa), peralatan di kedai dobi untuk mencuci pakaian bukan untuk gurauan," katanya.

Dalam pada itu, Azmil Muntapha turut bertanya samaada tertuduh sudah meminta maaf pada pengadu iaitu kakaknya, tertuduh menjawab, 'Ya saya sudah minta maaf'. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memasukkan anak saudaranya Shah Raiqal Shahril Sharizal yang berusia tiga tahun dalam mesin basuh di mana perbuatan itu dilakukan secara tergopoh-gopoh hingga membahayakan keselamatan kanak-kanak tersebut. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di Kedai Dobi Laundry Bar Jalan Orkid 1G/2 Sek BS1 Bandar Bukit Sentosa, di sini pukul 12.30 malam pada 2 Oktober lalu. 

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

Kejadian seorang budak disumbat ke dalam mesin dobi menggempar negara.
Kejadian seorang budak disumbat ke dalam mesin dobi menggempar negara.