Tertuduh, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya dihadapan hakim Dazuki Ali. 

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dari Sungai Isap di sini didakwa merogol seorang kanak-kanak berusia 11 tahun 6 bulan bertempat di kediamannya di sini pada 3 Ogos lalu kira-kira pukul 4 petang. 

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan. 

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan juga boleh dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Farahah Mohd. Nazari manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah tidak membenarkan jaminan ke atas tertuduh dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 4 Oktober depan. 

Tertuduh ditahan di Penjara Bentong,  dekat sini. - K! ONLINE