Mayat Rony Alberto, 34, berjaya ditemui anggota bomba dan penyelamat pada pukul 5.06 petang kira-kira selepas empat jam mangsa dilaporkan hilang di dalam sungai terbabit.

Bagaimanapun, anaknya yang identiti belum dikenalpasti dilaporkan selamat.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah berkata, seramai tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tawau bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.41 petang.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota bomba bertugas segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di permukaan air dan kawasan sekitar.

“Mayat mangsa akhirnya ditemui tersangkut pada kayu di dasar air sedalam lima meter,” katanya hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa berkenaan seterusnya dihantar ke Hospital Tawau dekat sini untuk tindakan lanjut. - K! ONLINE