Pasangan ibu bapa Markle yang telah bercerai, Thomas Markle dan Doria Ragland akan tiba di Britain beberapa hari sebelum majlis perkahwinan anak mereka untuk menemui Ratu Elizabeth dan suaminya, Putera Philip. 

Pasangan berkenaan akan turut menemui Pewaris takhta Britain, Putera Charles yang merupakan bapa Putera Harry menjelang majlis itu yang akan diadakan di Gereja St George, Istana Windsor.

“Kedua-dua ibu bapa pengantin perempuan yang sudah bercerai mempunyai ‘peranan penting’ dalam perkahwinan itu, kata kenyataan diraja Britain. 

Pada pagi majlis perkahwinan, Ragland akan menaiki kereta bersama Markle ketika menuju ke Istana Windsor, manakala bapanya pula akan mengiringi anak perempuannya. - AFP