Suspek yang merupakan bapa mangsa ditahan kira-kira pukul 7.50 malam dalam Ops Cantas di perkarangan Hospital Kepala Batas di sini.

Noorzainy berkata, penangkapan itu dibuat susulan laporan oleh isterinya yang mendakwa suspek telah menggigit kepala anak mereka itu sehingga meninggalkan kesan gigitan selain didakwa sering melambung dan menggantung bayi tersebut di buaian sehingga jatuh ke lantai.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Noorzainy berkata, selepas beberapa hari kejadian itu, kesan lebam akibat gigitan tersebut telah hilang apabila dia turut dirawat dan diperiksa di hospital. - K! ONLINE