Perintah tahanan reman sehingga 13 September depan itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Nabilah Md. Ruslan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, lelaki berusia 46 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar kira-kira pukul 10.15 pagi tadi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. 

Ismail Ibrahim berkata, suspek didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di bilik tidur mangsa kira-kira pukul 7 pagi kelmarin.

Kata beliau, suspek dikatakan memberi amaran kepada mangsa supaya merahsiakan kejadian tersebut, namun mangsa membuat laporan polis pagi semalam.

"Susulan laporan polis itu, kita bertindak menahan suspek yang tidak bekerja di rumahnya semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan," ujarnya. - K! ONLINE