Tertuduh yang berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja kampung itu didakwa meraba kemaluan dan payudara serta menjilat kemaluan mangsa yang berusia 13 tahun ketika kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Malim Nawar, Kampar pada Julai 2017. 

Tertuduh didakwa melakulan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat serta diletakkan di bawah pengawasan polis sehingga tempoh tiga tahun jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam bela, S. Teeban. 

Terdahulu, Teeban dalam rayuan kepada anak guamnya memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan kepada tertuduh agar melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap minggu serta tidak dibenarkan berhubung dengan mangsa. 

Norashima tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan mahkaman menetapkam 15 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Kosmo! Online pada 7 Januari lalu melaporkan, malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun apabila dia dipercayai menjadi mangsa sumbang mahram kepada bapa dan datuk kandungnya sendiri sejak lima tahun lalu. 

Difahamkan, datuk mangsa bagaimanapun dibebaskan polis. - K! ONLINE