Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyaataan berkata, bayaran khas itu membabitkan 66,258 individu dari seluruh negara yang terdiri daripada 12,500 imam, 8,650 bilal, 3,950 guru takmir, 8,394 tok siak ,Norja,Merbot, serta 32,764 guru KAFA.

“Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengarahkan bahawa anggota perkhidmatan masjid dapat menikmati bayaran khas Aidilfitri seperti yang diterima oleh warga perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan.

“Oleh itu, Kementerian Kewangan dengan berbesar hati mengumumkan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 berjumlah RM400 kepada kariah masjid, guru takmir dan guru KAFA. 

Menurut Guan Eng, kos keseluruhan bayaran ini adalah sebanyak RM26.5 juta yang telah disalurkan kepada (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pemberian akan dimasukkan terus ke dalam akaun individu yang berkenaan.

“Pembayaran ini tidak termasuk dalam pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) yang dibayar secara berasingan. 

“Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan RM1.6 billion kepada hampir 4.1 juta penerima BSHR bermula 6 Jun lalu. Semoga pemberian insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu persediaan Hari Raya Aidilfitri oleh penerima di seluruh  negara,” katanya. - K! ONLINE