Oleh itu, majikan di negara ini perlu menerima golongan 'mak nyah' bekerja  di mana-mana syarikat atau  organisasi mereka, katanya.

Masyarakat  juga perlu sedar dan menerima hakikat bahawa golongan 'mak nyah' juga mempunyai keperluan untuk menyara hidup dan sudah tentulah memerlukan pekerjaan.

"Kenapa saya gesa majikan, sebab saya tidak mahu golongan ini beri alasan tidak dapat tempat untuk bekerja dan seterusnya memaksa mereka memilih bekerja secara tidak bermoral. Kita mesti tahu mak nyah juga ada yang berpendidikan serta kelulusan.

"Dan tidak dinafikan ada juga yang tidak ada kelayakan seterusnya menjadi mangsa eksploitasi kegiatan tidak bermoral," katanya kepada Bernama di lobi Parlimen, hari ini. - Bernama