Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, dua sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di Melaka Tengah dan SK Belimbing Dalam, Alor Gajah. 

"Pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir di kedua-dua sekolah terbabit telah pun ditutup hari ini, justeru sesi persekolahan akan bermula seperti biasa esok. 

"Semua 1,236 murid dan 71 guru di SK Krubong serta 484 murid dan 40 orang guru di SK Belimbing Dalam diharap dapat hadir ke sekolah bagi menyambung sesi persekolahan yang tertangguh sejak dua hari lalu," katanya ketika dihubungi di sini malam ini. - K! ONLINE