Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan di kebanyakkan jalan-jalan utama di sekitar ibu kota.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah di Jalan Pudu, Jalan Parlimen, Jalan Bukit Bintang, Jalan Maharajalela, Jalan Tunku Abdul Halim dan Jalan Kinabalu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan turut mengeluarkan amaran berkaitan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan seperti Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.

Antara kawasan yang terkesan akibat hujan lebat dan ribut petir ialah negeri Perak (Daerah Kinta, Kampar, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang), Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, Bahagian Mukah, Sibu (Daerah Sibu), Samarahan, Serian dan Kuching. - K! ONLINE