Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, pusat pemindahan sementara Surau Kampung Besol Lama telah ditutup sepenuhnya pada pukul 8.30 pagi.

"Seramai 31 penduduk daripada lapan keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara tersebut mula pulang untuk membersihkan rumah masing-masing," katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Che Adam memberitahu, lembangan Sungai Marang, Sungai Terengganu dan Sungai Terengganu mencatatkan paras air antara 22 milimeter (mm) dan 89 mm akibat hujan lebat sejak kelmarin.

Begitupun, jelas beliau, trend paras air di sungai-sungai utama di negeri ini mula menunjukkan penurunan pada pagi ini.

"Sungai Chalok dab Sungai Nerus yang melepasi aras bahaya malam tadi telah menurun ke paras waspada pagi ini manakala sungai-sungai lain seperti Sungai Telemong dan Sungai Tumpat pula kini kembali normal," katanya. - K! ONLINE