Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Zainal Yusoff berkata, paras air Sungai Lipis juga mengalami trend penurunan dan dijangka kembali kepada tahap selamat pada bacaan 113.2 meter menjelang tengah hari.

"Keadaan cuaca juga beransur baik serta cerah sejak beberapa hari lalu dan ia membantu paras air sungai kembali pulih ke paras normal," ujar beliau kepada pemberita.

Sementara itu, beliau memberitahu, penduduk di Kampung Orang Asli Sungai Kelit sudah menerima bantuan bekalan makanan pada lewat petang semalam sementara menunggu kerja pembersihan jalan keluar masuk ke penempatan itu diselesaikan sepenuhnya.

"Kerja pembersihan tanah runtuh akibat kejadian awal pagi Sabtu lalu dan pembinaan laluan sementara masih dalam tindakan pihak Jabatan Kerja Raya," katanya. - K! ONLINE