"Saya merasa sangat sedih dengan bencana yang disebabkan oleh hujan monsun yang lebat itu di Myanmar mengakibatkan kehilangan nyawa selain tempat tinggal lebih 100,000 rakyatnya.

"Doa saya untuk keluarga mangsa yang terkorban serta kesemua yang terjejas," katanya menerusi akaun Twitter beliau malam ini.

Media melaporkan sekurang-kurangnya 25 terkorban dan hampir 120,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing selepas hujan monsun yang turun lebat sehingga menenggelami kampung-kampung di lapan wilayah serta menyebabkan kejadian tanah runtuh.

Hujan lebat melanda bahagian selatan, timur dan tengah Myanmar sejak minggu lepas telah memutuskan perhubungan menerusi lebuhraya dan turut memusnahkan jambatan dan menenggelamkan  sebahagian besar daratan.

Pada 2015, negara itu dilanda kejadian banjir paling buruk dalam tempoh sedekad akibat hujan monsun apabila sekitar 100 orang dilaporkan terkorban manakala lebih 330,000 kehilangan tempat tinggal. - Bernama