Pengetua SMK Pulau Tawar, Suriaton Pakih berkata, arahan tersebut dikeluarkan berikutan bacaan paras air Sungai Pahang didapati semakin meningkat secara konsisten berikutan hujan.

"Penanda bacaan paras air banjir di jalan menuju Bukit Nikmat juga semakin meningkat sehingga laluan itu terpaksa ditutup kepada semua kenderaan.

"Sekolah ini akan dilanda banjir sekiranya paras air di laluan itu terus meningkat. Bagaimanapun sesi persekolahan tidak terjejas," ujar beliau kepada pemberita di sini.

Tambah beliau lagi, pihak sekolah berkenaan juga telah mengadakan gotong-royong untuk menyimpan peralatan sekolah di tempat yang lebih selamat bagi mengelak kerosakan.

"Sekolah ini sering dilanda banjir pada setiap tahun kerana lokasinya terletak berhampiran Sungai Pahang.

"Oleh sebab itu, kita bertindak lebih awal untuk memastikan segala peralatan tidak mengalami kerosakan seperti kejadian-kejadian sebelum ini," tambahnya. - K! ONLINE