Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang tersebut, blok seluas 27 meter x 12 meter yang menempatkan pejabat, bilik guru, kelas tahun 1 dan bilik menempatkan buku teks hangus terbakar sepenuhnya.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah seramai lapan anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.13 petang. 

“Sebaik tiba di sana, kami mendapati api sedang marak membakar keseluruhan bangunan.

“Sehubungan itu, pasukan bertugas segera bertindak menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos dari sumber jentera dan paip sedia ada,” katanya hari ini.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.25 malam dan  tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - K! ONLINE