Pengarahnya Augustine Tuuga berkata, pihaknya menerima laporan tentang penemuan bangkai haiwan berkenaan namun, setakat ini belum ada maklumat lanjut daripada pasukan Jabatan Hidupan Liar Sabah yang kini berada di sungai terbabit.

"Punca kematian anak gajah belum dapat dikenalpasti memandangkan pemeriksaan dan penyiasatan sedang dijalankan di lapangan (lokasi).

“Berdasarkan gambar yang tersebar kemungkinan gajah itu berusia antara tiga atau empat tahun," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. - K! ONLINE