Kemenangan itu sekali gus meranapkan hasrat Kepong untuk menebus kekalahan kepada Puchong United pada perlawanan akhir musim lalu.

Pada perlawanan tersebut, Puchong United ketinggalan 1-3 terlebih dahulu apabila pemain perseorangan lelaki, Goh Giap Chin tewas 11-8, 6-11, 6-11, 10-11 kepada Soong Joo Ven.

Pemain perseorangan wanita Puchong United, Deng Xuan memulakan kebangkitan pasukan itu apabila menang 3-0 (11-10, 11-10, 11-6) ke atas Qin Jinjing.

Mak Hee Chun-Tan Boon Heong meletakkan Puchong United selesa mendahului apabila menewaskan Mads Conrad Petersen-Rian Agung Saputro 3-1 (5-11, 11-9, 11-10, 11-10) dalam acara beregu lelaki.

Puchong United mengesahkan kejuaraan kedua menerusi beregu campuran, Tang Chun Man-Eom Hyewon yang menewaskan Ricky Karandasuwardi-Cheah Yee See 3-2 (11-7, 10-11, 10-11, 11-10, 2-1).

Pasukan juara membawa pulang piala pusingan serta hadiah wang tunai RM520,000 sementara naib juara meraih hadiah wang tunai RM265,000. - K! ONLINE