Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Abd. Rahim Othman berkata, kecederaan itu mengakibatkan babi hutan seberat 30 kilogram tersebut mengganas dan memasuki kawasan berdekatan dengan laluannya iaitu masjid tersebut.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan babi hutan itu dilanggar ketika keluar mencari makanan.

"Pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada badan babi hutan tersebut dipercayai dilanggar oleh kenderaan.

"Itu yang mengakibatkan babi hutan itu menganas sehingga memasuki masjid tersebut sebelum mati ditembak oleh penduduk di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya pernah menerima aduan mengenai kehadiran babi hutan di kawasan berkenaan sejak Januari lalu. - K! ONLINE