Berdasarkan aturcara program, Mohamed Azmin dijadualkan menyampaikan ucapan selaku Timbalan Presiden berhubung sumbangan kepimpinan parti selama 15 minit pada sesi keempat program itu hari ini, yang bermula pukul 8.30 malam. 

Bagaimanapun sehingga sesi itu selesai pukul 11.15 malam, beliau tidak kelihatan. 

Semalam, Mohamed Azmin juga tidak hadir semasa ucapan perasmian oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain itu, dua Naib Presiden parti yang juga tidak hadir iaitu Zuraida Kamarudin dan Ali Biju. - Bernama