Nur Syamira berkata, kali terakhir dia berbalas mesej dengan Azmil ialah beberapa hari lepas dan memberitahu mahu bertemu dengannya.

“Biasanya Baba akan membalas okey sayang, kalau saya beritahu ingin berjumpa tetapi kali ini, dia hanya cakap Insya-Allah.

“Saya sedikit terkilan kerana arwah tidak sempat terlibat dengan majlis pernikahan yang bakal berlangsung Julai hadapan tapi saya reda kerana Allah lebih menyayangi Baba,” katanya ketika ditemui selepas selesai majlis pengebumian Azmil di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21,Shah Alam sebentar tadi. 

Azmil, 65, meninggal dunia dalam tidur akibat komplikasi jantung sewaktu menanti untuk keluar membeli makanan. - K! ONLINE