Beliau mengambil alih jawatan itu selepas dipangku Datuk Pahlawan Mohd. Dzuraidi Ibrahim sejak 19 Julai lalu.

Terdahulu, Mohd. Dzuraidi memangku jawatan itu selepas Datuk Amer Awal bersara wajib pada 19 April sebelum perkhidmatannya dilanjutkan selama tiga bulan.

Majlis serah terima tugas disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Zamri Yahya di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini.

Sementara itu, Azman dalam ucapannya berterima kasih kepada pengurusan tertinggi PDRM kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui Polis Sarawak.

"Ini satu tanggungjawab besar kerana saya belum pernah menjadi Ketua Polis mana-mana negeri dan akan melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin," katanya. - K! ONLINE