Dalam saingan tersebut, pelumba yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman itu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada pusingan pertama sekali gus terpaksa mengharungi saingan repechage keirin.

Namun, percubaan untuk bangkit dalam saingan repechage tidak kesampaian apabila Azizulhasni sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang pelumba Ukraine, Andrii Vynokurov sekali gus gagal mara ke pusingan kedua perlumbaan tersebut.

Sebelum ini, pelumba yang berasal dari Dungun, Terengganu itu menjuarai acara keirin dalam Kejohanan Dunia Trek di Hong Kong tahun lalu sekali gus terlepas untuk mempertahankan jersi pelangi miliknya itu.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut tersingkir dalam saingan repechage apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan saingan tersebut dimenangi oleh pelumba Jepun, Yuta Wakimoto sekali gus layak ke pusingan kedua. - K! ONLINE