Dalam perlumbaan akhir di Velodrom Anna Meares, pelumba berusia 30 tahun itu menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Pingat emas diraih pelumba Australia, Matt Glaetzer, perak dimenangi Lewis Oliva dari Wales sementara gangsa menjadi milik Edward Dawkins dari New Zealand.

Terdahulu, Mohd Azizulhasni bermula dengan cemerlang apabila layak ke pusingan kedua dengan menduduki  tempat teratas pada Saringan 1.

Sementara itu, dua lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd. Zonis gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya. - Bernama