Bagaimanapun, perkara itu tidak membuatkan kanak-kanak itu dikenali Ayu kesal kerana dia begitu menyayangi suaminya, Che Abdul Karim Che Hamid, 41, yang dikenali sejak berusia 7 tahun.

Ayu yang lahir di Pattani, Selatan Thailand berkata, ketika ini dia akan tinggal bersama kedua ibu bapanya di Kampung Panggong Lalat di sini kerana menghormati status 'nikah gantung' mereka.

Katanya, hinaan itu bukan saja di laman sosial Facebook, bahkan ada yang tidak berpuas hati sehingga sanggup menelefon dan menghantar kiriman WhatsApp berunsur ugutan.

"Saya meneruskan hidup seperti biasa biarpun kisah kami sudah gempar satu Malaysia.

"Saya masih lagi pergi keluar mengaji al-Quran, bermain dengan teman sepermainan dan ke kenduri kahwin," katanya.

Bapa Ayu, dikenali Madroseh berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu reti membaca dan fasih berbahasa Melayu kerana telah membesar di sini.

Katanya, anaknya juga sempat belajar di prasekolah di kampung ini selama dua tahun. - K! ONLINE