Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia, Andrew Goledzinowski dan Duta Belanda Karin Mssenlechner, hadirin bertafakur seminit pada pukul 9.20 malam, tepat lima tahun selepas tragedi itu.

Antara yang hadir termasuk waris, duta dari negara lain yang turut berdukacita selain wakil daripada kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines.

Bercakap kepada pemberita, Goledzinowski berkata, suruhanjaya itu menganjurkan acara berkenaan untuk mengingati mangsa dan menunjukkan sokongan kepada waris mereka.

"Kita tidak boleh membiarkan ulang tahun kelima tiba pada hari ini tanpa berbuat apa-apa. Acara ini semata-mata bagi mangsa dan waris mereka," katanya. - Bernama