Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan hari ini berkata dewan bedah HAG itu juga tidak berfungsi kerana kerosakan berulang terhadap sistem pendingin hawa dan Sistem Penyeliaan Bangunan.

"Keadaan ini menyebabkan antara fungsi penting hospital iaitu perkhidmatan pembedahan tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun itu," katanya sambil menambah bahawa dewan bedah itu akhirnya mula beroperasi pada 18 September 2017.

Pengauditan yang dijalankan antara November 2016 hingga Julai 2017 juga mendapati sebanyak 29 peralatan perubatan bernilai RM1.58 juta di dewan bedah dan Unit Rehabilitasi tidak digunakan, manakala set pam duty dan pam standby tidak dilengkapi kuasa pendua. 

Ia juga mendapati lokasi inspection chamber kumbahan di laluan klinikal dewan bersalin tidak sesuai. - Bernama