Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini, kejadian kira-kira 7.30 pagi itu melibatkan tingkat atas blok asrama lelaki dua tingkat di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin di sini.

"Keseluruhan kawasan (tingkat dua) terbakar 100 peratus, namun tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

"Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 8.07 pagi dan punca kebakaran sedang disiasat," kata kenyataan itu.

Seramai 53 pegawai dan anggota diketuai Hamsa Isnurdini bersama empat jentera, dua jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan empat buah utiliti dikerahkan ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.33 pagi. - Bernama