Drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu turut memenangi kategori Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu). 

Dalam pada itu, bukan sahaja pengarah, Rashid Sibir membawa pulang trofi Pengarah Drama Terbaik, drama arahannya berjudul Pendosa Ingin Ke Syurga turut diangkat sebagai Drama Terbaik.

Nad Zainal menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Fatonah Azali sementara Jay Iswazir menepati ramalan apabila menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama hasil lakonan hebat dalam drama Aku Nazmi. 

Dukun mendominasi kategori filem apabila diangkat sebagai Filem Terbaik dan pengarahnya, Dain Said menang trofi Pengarah Terbaik. 

Aktres filem berkenaan, Datin Seri Umie Aida menepati jangkaan apabila menang kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem 1 manakala Shaheizy Sam meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik Filem hasil lakonan hebat dalam filem Pinjamkan Hatiku. 

Edisi ke-22 kali ini tidak menampilkan hos utama bagi mengendali malam anugerah sebaliknya diserikan oleh 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah MacWilson, Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar.

Acara berprestij itu turut menyaksikan persembahan daripada Datuk M. nasir, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Shiha, Jaclyn Victor, Elvira, Alpha Movement, Altimet, Amelia Henderson, Raja Shahiran dan Shawn Lee. - K! ONLINE

SENARAI PENUH PEMENANG ASK2018:

1. Drama Terbaik: Pendosa Ingin Ke Syurga (Rashid Sibir / Suhan Movie & Trading Sdn. Bhd)

2. Pengarah Terbaik Drama: Pendosa Ingin Ke Syurga (Suhan Movie Trading Sdn. Bhd)

3. Lakon TV Terbaik: Aku Nazmi (Sofia J. Rhyland / JS Pictures Sdn. Bhd)

4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Jay Iswazir (Aku Nazmi / JS Pictures Sdn. Bhd)

5. Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nad Zainal (Fatonah Azali / Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi (Qalbu)

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fauziah Nawi ( Pendosa Ingin Ke Syurga)

8. Drama Rantaian Terbaik Bahasa Melayu: Nur (Radius One Sdn. Bhd) 

9. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian: Syafiq Kyle (Nur)

10. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian: Amyra Rosli (Nur)

11. Drama Komedi Terbaik: Mat Rukun (Hujan Lebat Sdn. Bhd)

12. Penyunting Drama Terbaik: Qalbu (Mohd Shahrul Amin)

13. Videografi Drama Terbaik: Nisaa (Nasarudin Ahmad / RTM)

14. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina): Green Wall (The Rock Productions Sdn. Bhd)

15. Rancangan Majalah Terbaik: 999 (Rempit Kesas Formasi / Hariss Farouk Alex & Wan Farid)

16. Rancangan Realiti Terbaik: Let's Cycle Season 3 (Ep 6- Light Up Borneo / Rachel Tan Ai Leng)

17. Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Skrin 2017 (Nurul Huda Khalid & Aida Azira Hussin)

18. Filem Terbaik: Dukun (Astro Shaw Sdn. Bhd)

19. Lakon Layar Terbaik: Dukun (Huzir Sulaiman / Astro Shaw Sdn. Bhd)

20. Pengarah Terbaik Filem: Dukun (Dain Said / Astro Shaw Sdn. Bhd)

21. Pelakon Wanita Terbaik Filem: Datin Seri Umie Aida (Dukun)

22. Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku)

23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Namron (Dukun)

24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)