Pada pandangan beliau, perkara itu mendukacitakan kerana Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan Amerika Syarikat terhadap Malaysia itu sebagai tidak berasas serta tidak mantap.

"Malaysia dari segi aspek kawalan keselamatan sentiasa serius dan siap siaga untuk menghadapi apa jua kemungkinan

"Tahap kawalan keselamatan kita ketika ini kita beri perhatian khususnya di pantai timur Sabah dan di pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kita bekerjasama dengan agensi-agensi sahabat keselamatan lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak di sini hari ini. - Bernama