Tindakan syarikat tersebut  disifatkan sebagai akan mendedahkan bahaya kepada golongan kanak-kanak.

“Golongan kanak-kanak yang terdedah dengan nikotin berbentuk cecair boleh mengundang bahaya seperti sawan, kematian dan koma,” kata surat yang ditandatangani oleh Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS.

Surat itu dihantar kepada pengeluar, pengedar dan peruncit dengan menggesa mereka supaya membetulkan pelanggaran salah laku kerana cara pengiklanan produk berkenaan dianggap mengelirukan.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada mana-mana kanak-kanak mengalami masalah kesihatan selepas menggunakan produk-produk yang dikenali sebagai One Mad Hit Juice Box, Candy King Sour Worms, Whip’d Strawberry” dan biskut “V’Nilla. - AFP