Arul yang tiba dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam pada pukul 2.43 petang bagaimanapun enggan bercakap dengan pemberita selepas ditanya mengenai kehadirannya ke kementerian tersebut.

Kehadiran beliau ke MoF itu susulan arahan Guan Eng supaya CEO 1MDB itu memberi penjelasan mengenai kemampuan syarikat bermasalah itu dalam membayar hutangnya.

Arul Kanda yang memegang jawatan itu sehingga 20 Jun ini diarahkan memberi taklimat berkenaan pada minggu depan.

Selain itu, Guan Eng juga mahu menemui Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Kamal Mohd. Ali dan Datuk Norazman Ayob bagi memberi taklimat kepada MoF mengenai kedudukan terkini 1MDB.


Berdasarkan senarai pembayaran oleh MoF, bagi pihak 1MDB yang berjumlah RM6.98 bilion, ia termasuk pembayaran yang dibuat kepada Petroleum Investment Company (IPIC) yang merupakan sebahagian daripada Perjanjian Penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.


Senarai pembayaran setakat ini hanya melibatkan faedah, pembayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC.
 - K! ONLINE