Presiden Argentina, Mauricio Macri dalam satu perkongsian di Twitter berkata: “Saya mahu sampaikan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan Cesar Pelli.

“Hasil kerja yang ditinggalkan beliau di seluruh dunia sebagai satu legasi adalah kebanggaan kepada semua rakyat Argentina.”

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Tucuman di Argentina, Pelli berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1952, yang mana beliau melanjutkan pengajian atas tajaan biasiswa. 

Kejayaan terbesar Pelli ialah Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, setinggi 452 meter yang dinobatkan sebagai bangunan paling tinggi dunia selepas siap dibina pada 1998. – AFP