Beliau turut menyatakan dua lagi roket berjaya ditembak jatuh di kawasan selatan Arab Saudi.

Ibu kota Arab Saudi sering menjadi lokasi sasaran serangan oleh kumpulan pemberontak Houti di Yemen yang disokong Iran.

“Satu misil balistik Iran yang dilancarkan dari Sadaa ke arah Riyadh telah dipintas oleh pasukan Pertahanan Udara Arab Saudi awal hari ini (semalam),” kata jurucakap tentera pakatan Arab Saudi, Kolonel Turki al-Malki.

Beliau menyatakan tentera Arab Saudi turut memintas dua misil di wilayah Jizan dan Najran di selatan Arab Saudi yang terletak berhampiran sempadan Yemen.

Pemberontak Yemen membuat pengakuan melancarkan serangan itu menerusi saluran televisyen Houti, Al-Masirah. 

Dalam satu kenyataan berasingan, al-Malki menyatakan pasukan Pertahanan Udara Arab Saudi turut menembak jatuh dua dron pemberontak di selatan negara.

Salah satu dron itu dikatakan mahu menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di wilayah Asir yang mana menjejaskan jadual perjalanan sejumlah penerbangan. Dron kedua pula dikatakan menghampiri satu ‘objek awam’ di wilayah Jizan. - AFP