Pelantikan itu sekaligus menjadikan Aida sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Memerintah Kapal di negara ini.

Aida, 35, mengambil alih jawatan daripada Ahmad Sharifuddin yang bertukar tugas ke Pejabat Daerah Maritim (DM) 3 Lumut sebagai Pegawai Operasi.

Menurut Aida, dia berjanji akan mengekalkan legasi kepimpinan cemerlang Ahmad Sharifuddin selama menjadi Pegawai Memerintah KM Nyalau.

"Saya berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada golongan wanita untuk mencapai kejayaan walaupun berada dalam bidang yang dimonopoli kaum lelaki.

"Dengan kepercayaan yang diberikan ini saya juga akan berusaha sebaik mungkin supaya dapat mencapai visi dan misi APMM khususnya di DM3," katanya.

Majlis Serah terima tugas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat DM 3 Lumut itu disaksikan Pengarah Maritim Daerah, Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah. - K! ONLINE