Pegawai Perhubungan Awam APM Sarawak, Leftenan Hafizul Samah berkata, ular sawa seberat 60 kilogram dengan panjang lebih empat meter itu ditangkap kira-kira pukul 4 pagi.

Katanya, sebelum itu, APM Sibu menerima panggilan kira-kira 2.34 pagi daripada seorang pengadu yang menemui reptilia tersebut sedang merayap di tebing sungai berkenaan.

"Sepasukan anggota APM kemudiam bergegas ke lokasi kejadian bagi menangkap ular sawa itu.

"Pasukan APM mengambil masa lebih sejam untuk menangkap ular sawa berkenaan kerana repttilia itu bertindak agresif," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hafizul menambah, ketika operasi, seorang anggota APM dilaporkan cedera dipatuk reptilia itu, namun keadaannya dilaporkan stabil. - K! ONLINE