Anwar turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan Khazanah kerana berada di Turki menjalani pembedahan tulang belakang.

"Cara jawab tidak betul. Saya tidak guna bahasa-bahasa kesat. Barua bukan bahasa saya. Jangan terpengaruh dengan fitnah.

"Saya dengar juga (rakaman audio), garang-garang saya istilah barua tidak pernah pakai," katanya ketika ditemui selepas Program Ceramah Perdana sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Bandar Puteri di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tiga rakaman audio yang tersebar di media sosial sejak semalam mengaitkan dirinya mengkritik Dr. Mahathir dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau ketika ditanya adakah fitnah tersebut dibuat oleh Barisan Nasional (BN), Anwar menjawab: "Saya tidak tahu," ujarnya.

Malah, ketika ditanya adakah penyebaran rakaman audio itu agenda untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan, Anwar membritahu: "Saya tidak rasa kami mudah tertipu.

"Bagaimanapun kami perlu untuk menafikannya kerana ia (rakaman audio) tidak benar," jelasnya. - K! ONLINE