Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau telah menerima surat daripada Seri Paduka mengenai kesudian Baginda menerima menghadap Anwar di Istana Negara.

"Pada 12.30 tengah hari nanti saya sendiri dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Anwar akan menghadap Sultan Muhammad V di Istana Negara. Ia selepas Anwar mendapat pengampunan.

"Surat telah saya terima dan kami akan bergerak pada pukul 11.30 pagi dari sini," katanya ringkas kepada media ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini sebentar tadi. - K! ONLINE