Hujan lebat pada malam kelmarin telah menyebabkan 15 orang maut di wilayah barat dan utara, kata Pengarah Tindak Balas dan Unit Pemulihan di Kementerian Bencana dan Hal Ehwal Pelarian, Philippe Habinshuti, dalam satu kenyataan.

“Bencana dalam tempoh empat bulan tahun ini lebih buruk daripada kejadian pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, ia menakutkan,” kata Habinshuti kepada Reuters.

Seramai tiga orang telah terkorban kelmarin di daerah Rubavu, kata kementerian itu.

Semalam, orang ramai telah menggali kawasan lumpur bagi mencari mangsa yang hilang di wilayah barat, yang mana tiga orang dilaporkan hilang manakala enam orang lagi cedera. - AFP