Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. A. Anbalagan berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 4.20 petang apabila mangsa yang berusia 30 tahun dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan lain sebelum terbabas.

“Selepas gagal mengawal motosikal yang ditunggang itu, mangsa didapati telah terlanggar bucu kanan sebuah bas yang diletakkan di tepi jalan sehala empat lorong dari arah Bayan Lepas menghala ke Teluk Kumbar,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE