Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili Soon Hee memberitahu, pihak Rela tidak berminat mengambil bayaran pampasan dan apa-apa tawaran selepas surat representasi mengenainya dibuat pada akhir bulan lalu. 

"Jawapan Rela (tidak mahu pampasan) itu juga telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara. Justeru saya mohon mahkamah meneruskan bicara," katanya pada sebutan semula kes itu sebentar tadi. 

Bagaimanapun dalam prosiding berkenaan jumlah pampasan itu tidak dinyatakan. 

Turut berada dalam prosiding itu peguam pemerhati Rela, Datuk Micheal Wong yang  mengesahkan berhubung jawapan Rela itu. 

Mahkamah kemudian menetapkan 5,6 dan 7 September ini bagi perbicaraan kes dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim. -- K! ONLINE