Suspek berusia 28 tahun yang merupakan anak saudara kepada tiga warga emas terbabit ditahan tidak lama selepas kejadian.

Difahamkan, suspek bertindak sedemikian selepas berang tidak diberikan wang seperti diminta.
Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 435  Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Kosmo! Online hari ini melaporkan tiga beradik warga emas yang merupakan OKU penglihatan terselamat dalam kebakaran rumah di Kampung Titi Besi di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, ketiga-tiga mangsa iaitu Halijah Ibrahim, 78; Che Manai, 73, dan Zainah, 67, sempat menjerit meminta tolong sebelum diselamatkan penduduk kampung.

Kejadian menyebabkan tiga beradik itu tinggal sehelai sepinggang. - K! ONLINE