Perintah reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret George Town, Muna Maria di sini sebentar tadi.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ipoh, Perak semalam susulan penahanan bapanya ketika hadir di pejabat SPRM di sini.

Terdahulu, bapanya direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan jawatan bagi memberi projek kepada syarikat anaknya.

Pegawai tersebut ditahan kerana disyaki menggunakan jawatannya dengan mencadangkan sebuah syarikat milik anak beliau sendiri untuk menyediakan Sistem Kelas Tabika Perpaduan Negeri Pulau Pinang kepada Jawatankuasa Penilaian Sebutharga Perkhidmatan Sistem EDU KIDS yang bernilai RM45,472.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - K! ONLINE