Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Satu sumber berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki. 

“Hasil pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 33 dan 31 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

“Salah seorang daripada yang ditahan merupakan anak kepada seorang menteri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE