Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan perkara tesebut.

“Suspek berusia 31 tahun serta rakannya sudah dilepaskan dengan jaminan polis  petang tadi dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang juga anak kepada menteri kanan ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Satu sumber berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki. 

“Hasil pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 31 dan 33 tahun itu ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja,” ujarnya. - K! ONLINE